Keeping true to anything goes, from silly net stuffs, food reviews, to events of interest and personal stories. Updates: unpredictable (BUT trying best to come back as a regular)

Sunday, September 9, 2007

Karangan darjah 4 (email) - malay only

XD

?Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut
melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


hahahahha, atu ia!

ps: if I have time, I'll try to translate the joke into english. Right now got to concentrate on going to UK for my masters ^^

4 comments:

muNtui said...

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju..

hahahaa talorrr..

Anonymous said...

ada kah... transformers sama ultraman... heahhahahahahhahahahhahahahaahhahaaha
asta...
? nda kan menikam perut berkali kali nda mati...

mental jua...

p.s capa pengarang nya ah?

from:qilah a.k.a. lilsis

Masta DBC or dbckun said...

lol antah inda tau siapa pengarangnya. got it from email

Monnie said...

Bwuhahahaha! XD panat eh, membaritakut membaca karangan ani >_<